MARI KITA KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN BORIA , YARIBBBAAA ~

DUNIA BORIAKU



Berkecimpung didalam arena BORIA sejak tahun 1981 sebagai TUKANG KARANG di Kampung Makam dan menyertai Kumpulan Boria Perubatan pada 1982 hingga 1988 dan kemudiannya menubuhkan kumpulan sendiri iaitu BORIA WAWASAN . Selama penglibatan didalam Boria telah mencapai beberapa anugerah seperti TUKANG KARANG TERBAIK sebanyak 14 kali dan TUKANG KARANG berpotensi 2 kali . Pernah merakamkan album BORIA untuk kumpulan seni mempertahankan diri iaitu KAPI dan susunan  rangkap karangan telah ditulis oleh Allahyarham Abdullah Darus . Rangkap karangan ini menempa sejarah baru dalam arena BORIA kerana susunan rangkap sebanyak 19 rangkap karangan . Album ini telah diedarkan kesegenap pelusuk dunia bagi memperkenalkan BORIA dimata dunia disamping mempromosikan seni mempertahankan diri yang diasaskan di Pulau Pinang Master Haja Mohaideen Bin Hj Abu Backeer . Selama penglibatan didalam Boria pernah memenangi beberapa anugerah seperti Penulis Rangkap Karangan Boria sebanyak 6 kali . Sehingga kini telah naik pentas sebagai Tukang Karang sebanyak 411 kali dan telah menghasilkan hampir 222 susunan rangkap karangan dan telah mempersembahkan hampir 100 susunan rangkap karangan gubahan Pak Lah dan selainnya gubahan Pak Khan , Pak Man Lancha , Yaakop Mohamad , dan beberapa yang lain . Kumpulan yang diwakili pernah menjuarai PESTA DENDANG RAKYAT tahun 1988 , JOHAN MHI PANJANG AKAL 1998 anjuran TV3, Johan DWI bahasa sempena Tahun Melawat Pulau Pinang 1990 , Johan Pesta Pulau Pinang sebanyak 8 kali dan menerima TOKOH MUDA (BORIA) 1998 Kementerian Kesenian & Kebudayaan dan Pelancongan oleh Datuk Ismail Bin Adam semasa kem sosio budaya pada tahun 1996 . Pernah terlibat didalam beberapa majlis besar kerajaan seperti Tahun Melawat Malaysia , Chogm , Sukma 98 , Sukom , Malaysia Fest , Pesta Mengemping , Pesta Gendang Nusantara , Tourism Malaysia , Tapak Warisan Dunia , Medan Fest , Thailand Fest , Universiti of Songkhla , Singapura , dan Babylon Festival di Iraq .

No comments:

Post a Comment