MARI KITA KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN BORIA , YARIBBBAAA ~

ASAL-USUL PERKATAAN BORIA



1. Ada pendapat mengatakan bahawa nama boria diambil dari nama salah seorang pelakon boria yang terkenal pada masa dulu iaitu Nanak Shah , Majnun , Balva Ghagri dan Boria 


2. HT Haughton mengambil kira erti boria dalam Bahasa Hindustani yang bereerti "tikar" ataupun "tikar sembahyang" . Ini berikutan dari penggiat-penggiat boria pada masa itu merupakan golongan askar Regimen ke-21 yang berasal dari India (semasa pemerintahan British di Pulau Pinang)


3.Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa boria berasal daripada perkataan Hindustani yang berbunyi "borai" yang membawa maksud gila . Ini diinterprestasikan dengan aksi-aksi serta pakaian-pakaian pelakon boria semasa pesembahan pada masa itu yang dikatakan seperti orang gila . 


4. Boria juga dikatakan berasal dari perkataan "bori" iaitu suku kaum yang berasal dari Gujerat , India . Segelintir dari kaum ini telah berhijrah ke Pulau Pinang dan telah memulakan kesenian boria ini di Pulau Pinang .


5. Pendapat lain pula mengatakan perkataan "bori" dan "ria". Ria merupakan gabungan dari seni lakon , seni sastera , seni lagu , dan seni tari . Boria adalah satu gabungan elemen-elemen seni dari suku kaum Bori .