MARI KITA KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN BORIA , YARIBBBAAA ~

PENGENALAN BORIA





Boria merupakan sejenis teater tradisi yang unik dan amat popular di Pulau Pinang . Ia mempunyai pengisian lakonan (lawak jenaka) , nyanyian , muzik serta tarian . Elemen-elemen ini digarapkan menjadi sebuah persembahan yang mempunyai struktur yang istimewa . Boria pada asalnya dilakonkan oleh orang-orang lelaki sahaja . Namun apabila ianya sampai ke Tanah Melayu , persembahannya telah bertukar corak dan peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan serta mengikut selera masyarakat tempatan . Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa dan terkini . Secara tidak langsung , ianya merupakan satu medium hiburan yang mempunyai mesej dan sensitiviti tersendiri . Apabila lakonan berakhir , muzik , nyanyian serta tarian akan menyusul bagi melengkapkan persembahan ini . Ketua penyanyi di dalam boria atau lebih dikenali sebagai TUKANG KARANG akan masuk ke pentas sambil memusingkan ''BATON" dan juga mendahului kelasi penari / penyanyi latar . Manakala para kelasi pula akan menari serentak dan seragam dengan langkah-langkah tertentu mengikut formaliti langkah tari boria yang sememangnya telah ditetapkan . Pola lantainya adalah ditentukan oleh sesuatu kumpulan boria dengan kreativiti tersendiri .