MARI KITA KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN BORIA , YARIBBBAAA ~

SEJARAH BORIA



boria adalah sejenis lakonan yang diadakan oleh kaum Syiah pada setiap 10HB . Muharram bagi memperingati peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian . Ianya merupakan dendangan syair-syair yang berkaitan dengan peristiwa ini yang dikenali sebagai Ta'ziya . Pada zaman dahulu , apabila kaum Syiah memperingati peristiwa ini semasa bersyair , mereka akan memukul badan mereka sehingga berdarah . Mereka menganggap bahawa ini adalah satu hukuman bagi menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina Hussein r.a dibunuh . Selepas itu mereka mengadakan satu perarakan dengan mengibarkan bendera berwarna merah di sekitar perkuburan Saidina Hussein r.a . Di Pulau Pinang pula (1867) , perihal bendera merah ini mempunyai konotasi yang melibatkan peristiwa rusuhan diantara kaum Melayu Syiah dan kaum Ghee Hin serta Hai San yang kebetulan pada masa itu bersaing menggunakan bendera merah dan juga putih . Bendera berwarna merah dan putih ini pada masa itu merupakan lambang-lambang yang mewakili kumpulan-kumpulan boria tertentu yang terdapat di Pulau Pinang . Sejajar dengan peristiwa Ta'ziya itu , kumpulan-kumpulan boria ini saling bersaing diantara satu sama lain .




SHAHARUDDIN TUKANG KARANG BORIA RAWANA




SKETSA BORIA RAWANA PIMPINAN JAMAL MOHD




BORIA RAWANA AWAL 80`AN




 PESTA DENDANG RAKYAT-JALAN HATIN




PERSEMBAHAN BORIA SRI TANJONG




OMARA MENGADILI BORIA AWAL 70`AN  




JIBRAN BERSAMA BORIA PERUBATAN TAHUN 1982




BORIA SEMPENA PESTA PULAU PINANG WAL 80`AN




PENTAS ANIKA RTM (RAWANA)