MARI KITA KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN BORIA , YARIBBBAAA ~

CERITA-CERITA DALAM BORIA

Pada zaman awal kedatangan boria ke Tanah Melayu , ianya masih mengekalkan cerita yang berkisar dengan peristiwa Karbala iaitu mengenai kematian Saidina Hussein r.a yang merupakan salah satu peristiwa sejarah dalam Hikayat Seribu Satu malam . Kemudian , ia mula mengambil cerita-cerita sejarah , cerita-cerita semasa , cerita-cerita dari China dan India serta cerita-cerita saduran dari barat . Apabila masa kian berlalu , tema cerita-cerita dalam boria juga turut berubah . Sehingga sekarang , cerita-cerita dalam boria merupakan paparan isu-isu sosial dan kritikan masyarakat . Pada peringkat awal , boria tidak menggunakan skrip sebaliknya lakonan adalah secara spontan dan hanya berpandukan kepasa senario yang ditetapkan . Ini bermaksud kejayaan sesebuah boria berkait rapat dengan kebolehan pelakonnya untuk beraksi dan bernyanyi .Satu perbezaan yang amat jelas dari dahulu hingga sekarang ialah , boria tidak lagi sebagai medium untuk memperingati peristiwa karbala sebaliknya merupakan persembahan hiburan yang menekankan komedi tetapi mempunyai unsur-unsur pendidikan serta moral yang tinggi berikutan dari isu-isu semasa serta kritikan yang dibuat untuk menyedarkan masyarakat .